Sunday, 24 March 2013

::-Bersalin Normal Selepas Caesarean (VBAC) -::

Assalamualaikum dan Selamat Petang Semua,

Pengalaman bersalin anak pertama dan kedua saya adalah moment yg terindah untuk diri ini. Ank sulung saya bersalin awal 1 mnggu dari due date dan secara pembedahan. Alhamdulillah si abg berumur 1 tahun 2bulan saya disahkan hamil anak ke-2.Anak kedua  saya bersalin secara normal 2 hari awal dari due date. Pengalaman terindah apabila saya telah melalui pengalaman bersalin secara Czer dan Normal. Untuk set berpantang pula, dulu saya mengenali supplimen berpantang shaklee melalui Blog MamaCery. Terus amik set Bersalin Trial untuk Vitalea, Vit-B,Vit-C,Alfafa dan Zink. Alhamdulillah setelah mengambil set bersalin SHAKLEE luka cepat hilang, tidak penat w/pun menyusu, menjaga anak2 kecil semasa tempoh berpantang itu..Oklah.. Pengalaman bersalin ini menjadi perbualan antara kawan-kawan seopis yang bertanya kebaikan bersalin secara normal/ Czer.Kalau saya diizinkan mengandung lg saya akan memilih untuk bersalin secara normal. 

Diblog ini saya akan share VBAC yang diambil dari http://portal.alamhamil.com sebagai panduan bagi ibu-ibu yang hamil

Berakhir sudah ungkapan, bila sudah caesarean akan sentiasa ceasarean. VBAC atau vaginal birth after casarean ialah kelahiran secara normal selepas pembedahan ceasarean. Pengalaman perubatan telah menunjukan lebih dari 70 % wanita berjaya melalui kelahiran normal walaupun sebelumnya dia melahirkan melalui c-section. VBAC adalah lebih selamat dari caesarean berulang dan tidak menimbulkan risiko yang tinggi terhadap wanita.

Kenapa saya perlu VBAC?










Terdapat banyak kebaikannya bersalin secara normal. Antara kebaikannya adalah:
  • Kurang risiko kematian
  • Kurang komplikasi
  • Boleh mencegah dari tumpah darah yang banyak, darah beku pada kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.
  • Menyusu badan lebih senang kerana rasa kurang sakit selepas bersalin.
  • Kosnya lebih murah
Bayi juga lebih bermanfaat kerana :
  • Kurang risiko untuk kejadian kelahiran pra-matang
  • Kurang masalah pernafasan selepas lahir
  • Kurang risiko kematian bayi

Risiko VBAC

Risiko yang paling ketara bagi mereka yang pernah melalui pembedahan secara caesarean ialah risiko pecah rahim. Risiko ini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal dimana hirisan rahim dibuat secara vertical bukan horizontal seperti sekarang. Parut pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara vertical tidak lagi diamalkan dan menurut kajian terkini, risiko untuk parut pecah semasa menjalani kelahiran biasa adalah kurang dari 1%.

Adakah saya calon untuk VBAC?

Anda adalah calon yang sesuai sekiranya:
  • Caesarean dahulu bukan pembedahan klasikal
  • Pelvis yang bersaiz normal
  • Sebab pembedahan dahulu tidak ada untuk kehamilan sekarang, sebagai contoh bayi besar, darah tinggi atau uri dibawah.
  • Bersedia secara fizikal dan mental untuk bersalin biasa
SUMBER :http://portal.alamhamil.com

1 comment:

  1. assalam, dear..ada sebarang tips x utk bersalin normal lepas czer tu? cthnya mkn minyak kelapa dara ke? lain2 tips?

    ReplyDelete