Entri sebelum ini saya telah catit mengenai pengalaman bersalin kedua-dua anak saya. First baby secara operation dimana mengambil masa selama 30-40 minit utk proses kelahiran. Semasa operation itu, keadaan separuh sedar, doktor berbual.Terus bertanya saya tahu atau tidak sya ada ketumbuhan Fibroid 3cm dalam rahim saya. Selepas 2 bulan, terus buat chekup di Hospital Serdang sehinggalah saya mengandung anak kedua.Ceckup 6 bln sekali.Oklah,bagi gologan wanita kita perlu tahu fakta mengenai ketumbuhan Fibroid yang saya amik di portal.alamhamil.com.
- Mengikut kajian, ketumbuhan fibroid dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20% dari golongan ini yang betul betul memerlukan rawatan.
- Sekiranya ada ahli keluarga terdekat anda mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi.
- Tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak selepas puberti. Jadi ia tidak pernah tidak pernah dikesan pada kanak kanak dan saiz fibroid mengecut selepas menopos disebabkan kekurangan estrogen.
- Fibroid membesar semasa hamil disebabkan rembesan hormon estrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh uri. Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk pembedahan cesarean. Kebanyakan dari wanita berfibroid masih boleh bersalin secara normal.
- Gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid adalah aliran haid yang banyak dan sengugut.
- Anemia adalah salah satu komplikasi serius fibroid
- 80% wanita yang mengidap fibroid tidak mempunyai sebarang gejala. Diagnosa selalunya dibuat secara tidak sengaja.
- Keterukkan gejala fibroid tidak berkait secara langsung dengan saiz atau bilangan fibroid tetapi tempat pada rahim dimana ia tumbuh.
- Fibroid adalah di antara sebab utama Histerektomi iaitu pembedahan buang rahim.
- Diagnosa fibroid dengan senang boleh dibuat dengan mengunakan mesin ultrasound
No comments:
Post a Comment