Salam ceria semua, pagi-pagi ini saya nak share sikit mengenai Kuku. Tidak hanya wajah atau rambut, kuku tangan dan kaki juga memainkan peranan yang cukup penting dalam menggambarkan keperibadian seseorang termasuk wanita dan juga lelaki.
Penjagaan kuku yang betul membuktikan seseorang itu begitu mengambil berat mengenai soal kecantikan.Kuku yang kotor dan mengandungi cekam / kotoran yang terkandung di celah-celah kuku membuatkan persepsi terhadap seseorang itu berubah. Masalah kuku lemah selaunya disebabkan oleh keturunan dan penyakit. Untuk itu cara yg mudah dan berkesan seperti berikut boleh diaplikasikan :
- Sapu kuku dengan losen/ minyak pelembab pada setiap malam sebelum tidur. Ini menggalakkan pertumbuhan kuku yg lebih sihat.
- Kuku harus dipotong pendek dan serata spya tidak mudak terkain kpd kain./ benda yg mengakibatkan kuku patah
- Pakai sarung tgn sekiranya melakukan pekerjaan yg menggunakan bahan kimia seperti membuat kerja rumah
- Kerap mengurut bahagian kutikel spya kuku tangan tumbuh dengan baik,tidak mudah rapuh dan patah serta sentiasa kuat Kuku kaki pula perlu disental utk membuang kulit keras
- Jangan memotong kuku terlalu pendek / mengorek dalam
- Elakkan menggigit kuku kerana ia akan memburukkan bentuk kuku
- Memilih kasut yg bersesuaian agar kuku sentiasa dapat ' bernafas'
Rahsia Kecantikan Kuku,
1. Rendam kuku dgn virgin olive oil
2. Gunakan cuticle cream
3. Pengambilann makanan yang kaya vitamin B
4. Jangan gunakan kuku secara berlebihan
5. Hindari pemakaian nail polish remover yg sudah lama
6. Minum air mineral secukupnyaPetua kuku cantik. Jom Amalkan!!!
Ambil perahan air limau nipis & masukan dlm bekas yg berisi air. Rendamkan jari anda selama 15 minit dan bilas dgn air bersih. Selepas itu ambil belimbing buluh dan gosok pada kuku. Nikmatilah kuku yg cantik dan berkilat...
SELAMAT MENCUBA.... ^ ^
No comments:
Post a Comment